Saturday, December 3, 2011

Selamat Datang ke MIUI Malaya.





Selamat datang kami ucapkan dan Tahniah kerana telah berada disini. 
Untuk pengetahuan para pelawat, MIUI Malaya adalah sebuah komuniti yang mengumpulkan para penggemar antara-muka (UI) MIUI Android yang dihasilkan oleh sebuah komuniti di negara China. Untuk rekod, MIUI merupakan sebuah Android OS ROM yang paling popular diikuti oleh Cyanogenmod ROM.


Apa yang best sangat MIUI ni?
Ok, secara ringkasnya macam ni. MIUI ni Android+iOS. Sistem masih lagi Android tapi interface atau antaramukanya hampir menyerupai iOS dimana memang diakui ramai interface iOS ni simple dan mudah. Jadi dengan gabungan kehebatan Android OS dan iOS UI = Terbaik.


MIUI ROM direleasekan setiap hari Jumaat. Jadi kita akan mendapati versi-versi terbarunya hampir pada setiap Jumaat. Ikuti Changelog yang akan kami paparkan setiap Jumaat untuk ketahui apa yang baru. Kebiasaannya bagi yang dah mengikuti MIUI, hari Jumaat adalah hari yang ditunggu-tunggu. Heh.


Untuk episod pengenalan ni, rasanya tak perlu untuk saya ulas secara panjang lebar mengenai MIUI ni. Cukup sekadar untuk bertegur sapa dulu. Nanti kami akan ulaskan dan menambahkan lagi info berkenaan MIUI ini. Berikan kami sedikit masa untuk semua itu. 


Terima Kasih sekali lagi. Jangan lupa 'Like' fb page kami seperti yang tertera di bahagian sidebar.

No comments:

Post a Comment